Sunday 16 October 2016

Otaru , Mount Moiwa, Tanukikoji

Day 4

Harini kami akan melawat  ke bandar Otaru, bandar yang terletak di selatan Sapporo. Bandar ini terkenal dengan canal dan gudang lama, yang dahulunya merupakan port( pelabuhan). Sehingga sekarang masih dijadikan tempat penyimpanan barang dagangan dan sebahagiannya menjadi restaurant.

Kedudukan Otaru ni betul-betul bersebelahan dengan laut, turun-turun dari station Otaru je, dah boleh bau laut. Hehe. Dalam perjalanan pun sebenarnya, route train ni lalu tepi laut, excited nampak laut di negara Jepun. Ramai family yang berkelah dan mandi manda, almaklumlah sekarang tengah summer.

Antara tempat yang menarik di Otaru ialah Otaru Canal. Daripada station, kami berjalan terus ke arah Otaru Canal.Sepanjang perjalanan, banyak pemandangan menarik yang dapat disaksikan disekitar bandar Otaru ni. Bandar Otaru ni kita boleh discover by walking distance je and spend one day pun da cukup. Dalam 15-20 minit berjalan kaki, sampailah Otaru Canal. Senang je nak jumpa canal ni. Nak tahu lebih lanjut tentang bandar Otaru boleh tengok website ni http://otaru.gr.jp/welcome_en/products/

Former Temiya Railways, one of Hokkaido most important line

Tadaaa. Da sampaii
 Dekat sini ada Otaru Canal cruise juga. Bole baca lebih lanjut dekat website ni http://otaru.cc/en/price
Mia with the Otaru Canal
Kosong je xde orang sepanjang laluan Otaru Canal ni.




Yeay, finished! This is Asakusa Bridge. Most tourist like to take photo here
Souvenier sekitar Otaru Canal
Selain it, Otaru ni terkenal dengan rickshaw. Kita bole tempah rickshaw ni, dan akan dibawa mengelilingi bandar Otaru sambil mendengar sejarah tentang bandar ini. Di samping itu, memakai kimono sampai berjalan atau menaiki rickshaw mengelilingi bandar ini juga adalah aktiviti popular yang dilakukan oleh para pelancong. Bagi saya, untuk mengelilingi rickshaw ini sedikit pricey, but its depends on other people opinion. Bole baca lebih lanjut mengenai rickshaw ni dekat sini http://beauty-of-japan.com/tour/rickshaw-ride-in-otaru-hokkaido-beautiful-port-town-yet-historical/

This is the rickshaw
Then after Otaru Canal, kami menyambung perjalanan kami ke Sakaimachi Shopping Street. Sepanjang jalan ini, kami disajikan dengan barisan bangunan bangunan lama yang antik, ala-ala kembali ke zaman lama gitu. Sepanjang Sakaimachi Street ni ada macam-macam jenis kedai. Kedai sushi, kedai cenderahati, kedai makan, pasar dan pelbagai lagi jenis kedai. Sakaimachi street ni berakhir dengan Music Box Museum di Marshen Intersection.

Along the Sakaimachi Street
Otaru
Sakaimachi Street
Agak agak betul ke mainan ni ?
Then after end of this street, kami singgah masuk Music Box Museum. Mula-mula ingat biasa je, sekali masuk besarnya museum ni. Dekat sini macam-macam jenis music box yang dijual dalam pelbagai versi dan bentuk, Music pun kita bole pilih nak yang jenis macam mana. Dari zaman dulu-dulu sampai jenis music box zaman sekarang punya ada dipamerkan dan dijual.

Bangunan Music Box Museum ni ada tiga tingkat semuanya. Bagi saya, harga untuk satu music box tu agak mahal juga.Bole baca lebih lanjut pasal Music Box Museum ni dekat sini http://www.otaru-orgel.co.jp/english/e_main.html

Inside the Music Box Museum
Design dia cantik cantik
Sushi Music Box
Lama jugak kami kat sini. Baca sejarah pasal music box ni dan terpesona dengan design yang cantik-cantik. Kami sempat berehat lagi dekat dalam ni. Then, after selesai dekat Music Box Museum ni, kami patah balik ke Sakaimachi Street terus ke Otaru Train Station untuk bergerak ke Chitose.

View sepanjang jalan ke Otaru Station

Then dari Otaru Station, kami ke Sapporo Main Station. Kami singgah untuk amik luggage untuk check-in di hotel. Hotel kami terletak di Chitose. Memang dekat je dengan train station jalan kaki dalam 5 minit. Selepas berehat, lunch dan solat, kami sambung perjalanan ke Mount Moiwa, which is also one of the attraction in Sapporo.

Mount Moiwa ni menjadi tempat lepak yang popular dalam kalangan masyarakat di Sapporo ni. Mereka selalu outing dengan family dekat ats gunung ni. Juga terkenal dengan keindahan pemandangan bandar Sapporo dari puncak bukit, terutamanya pada waktu malam.

Cara untuk sampai ke Mount Moiwa:
1) Naik train dan behenti di Sapporo Train Station
2) Dari Sapporo Train Station, naik subway dan turun di ( satu station je dari Sapporo subway)
3) Jalan keluar dari bangunan subway tadi, naik tram( dekat sini dorang panggil streetcar) di Susukino dan turun di Ropeway Iriguchi Station ( dalam 20 minit perjalanan, 170yen sehala, the streetcar is frequent). Bayar duit streetcar, dekat driver bila nak turun nanti.
4) Tunggu bas yang akan bawa kita ke Mount Moiwa.
5) Masuk di perkarangan Mount Moiwa, beli tiket ropeway dan mini cable car untuk naik ke atas.( about 1700yen roundtrip)
6) Then, dah sampai. *tepuktangan*

Panjang kan cara nak sampai ke sini, tapi mudah sangat sebenarnya. Cuma kena tukar naik macam-macam pengangkutan je. Hehe

Ni la cable car yang akan bawa kami naik atas
Maskot Mount Moiwa, Morri. Comel kan.
Da sampai atas. tadaaa.
Sempat tengok sunset .yeehu

Kami duduk kat atas ni sampai dah rasa puas amik gambar. Hehe. Angin kuat sangat, bukan setakat tudung je terbang, diri sendiri pun rasa bole terbang. Pemandangan kat atas ni memang cantik sangat. Nampak seluas-luas Sapporo dari sini. Dekat sini juga, ada restaurant dan kedai untuk souvenior. Bole tengok berkaitan Mount Moiwa ni dekat sini http://moiwa.sapporo-dc.co.jp/

Kami bertuah sebab dapat lihat pemandangan bandar Sapporo pada waktu siang dan juga malam

Selepas itu, kami bergerak kembali ke Tanukikoji Shopping Centre. Tempat ni popular untuk shopping dikalangan pelancong yang datang ke Hokkaido. Terdiri dari tujuh arked, setiap arked mempunyai keistimewaan barang-barang yang dijual, dari produk makanan, kecantikan, kosmetik, restaurant, dan souvenir shop. Hotel pun ada tau dalam arcade ni. Bole tengok link ni untuk Tanukikoji Arked http://www.tanukikoji.or.jp/ . Kami sempat singgah di sebuah kedai muslim-friendly dekat sini http://www.halalmedia.jp/archives/10738/muslim-friendly-souvenir-sales-counter-set-new-store-sapporo-drug-store-planned-open-tanuki-koji-shopping-arcade/

On the way ke Tanukikoji.
Night view Susukino

Susukino ni adalah  Japan's largest entertainment district in Hokkaido. Also known as Red Light District in Sapporo.
Tanukikoji. Ramai lagi orang kat sini even dah lewat pun. Arcade no.5

uuuu besarnya
Sebenarnya, banyak lagi tempat untuk bershopping di Sapporo ni terutamanya di sekitar Tanukikoji ni. Even Sapporo Underground Shopping Centre pun dekat bawah Tanukikoji ni je. Tapi disebabkan malam dah semakin lewat dan kami pun dah keletihan round semua arked dekat sini, kami pun bergerak kembali ke Chitose.

End of today =)
3 tempat in one day. Fuhh hebat x kami. ( Otaru, Mount Moiwa, Tanukikoji)

1 comment: