Wednesday 12 October 2016

Syurga Bunga Matahari , percutian di Hokkaido part 1

Bismillahhirahhman nirahim.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hokkaido mengambil masa selama 7jam 30 minit tanpa transit.Kami bertolak pada pukul 11 malam dan sampai lebih kurang pukul 7 pagi.


Sampai sampai je di New Chitose Airport, kami disambut dengan mesra oleh petugas di sana.( Very good first impression for us). Alhamdulillah urusan visa on arrival pun settle dengan smooth. Keluar je dari pintu gate arrival, kami disambut dengan Doraemon bermuka ceria * gambar atas*

Kami terus ke bilik air, menyegarkan diri. Berasa sangat semangat untuk meneruskan perjalanan        ( dah sarapan siap2 dalam flight AirAsia). Rancangan kami pada hari ini untuk menghabiskan masa seharian di Sunflower Field, Hokuryo.

Locker dimana tempat kami simpan luggage

Transportation kami sepanjang percutian di Hokkaido menggunakan JR Hokaido Pass. Bole baca lebih lanjut berkenaan pass ni dekat http://www2.jrhokkaido.co.jp/global/english/railpass/rail02.html Pass ni memang kena beli dekat Malaysia dulu, lepastu, kita tukar dekat sana. Bole tengok laman web ni jugak http://jtbmalaysia.com/ untuk melihat senarai cawangan JTB di serata Malaysia. Pada pendapat saya, penggunaan JR pass ni amat menguntungkan. Jimat masa, xyah setiap kali ni nak guna train kena pergi beli. Penguna JR pass ni, lalu dekat kaunter manual instead automatik. just angkat JR pass tu tunjuk dekat pekerja, terus bole jalan. Plus, sepanjang gunakan laluan manual, memang xjumpa orang yang lalu kecuali kami je. Kalau laluan automatik tu pula, memang digunakan oleh penduduk Jepun seharian. Kalau peak hour, mmg bertambah sesak la. Plus, jimat masa, kita xyah nak beli tiket setiap kali bergerak ke suatu tempat.

Lepas settle urusan JR pass, kami bergerak ke Sapporo station. Di sana, kami decide nak simpan luggage dekat locker. Dekat sini memang banyak locker yang disediakan. Lepas tu, kami memulakan perjalanan hari ini,iaitu Himawari No Sato / Sunflower Filed, Hokuryo.

Cara untuk sampai kesana:
1) Naik train dari Sapporo Train Station ke Takikawa Station. Perjalanan mengambil masa 1jam 15 minit. Dari Takikawa Station, jalan kaki ke Takikawa Bus Station, which is memang sebelah sebelah je.
2) Dari Station Bus Takikawa, naik local bus yang stop di Hokuryo High School. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit. If macam ragu-ragu dah sampai ke belum, kalau nampak bunga matahari banyak gile atas bukit, tu memang sah dah sampai la tu. ( Sebab dalam bas, sepanjang perjalanan, bila bas stop je, kami xtahu pun nama tempat bas tu stop )

Takikawa bus station
Inside Takikawa Bus Station. Nak beli tiket bus dekat automatik mashine tu. ( fully in Japanese).Tapi  jangan risau, nanti minta je pekerja sana tolong belikan.
Yeay! da masuk bas
Kami sampai lebih kurang pukul satu petang gitu. Excited gilaaa bila bila start nampak tepi tepi jalan bunga matahari tanam sekelompok sekelompok. Tepi rumah penduduk pun banyak.

Da sampai . Tada !
 

   Yang paling best, masuk FREE. Yes, FREE. And open for 24hour. uhu.
   (yg datang by car, parking  pun free). And info tambahan, ini adalah the biggest sunflower field 
   in Japan. *tepuk tangan
Sampai sampai waktu tengahri, memang berjemur la kami.

Dekat sini, ada disediakan trak kecil untuk kita jalan-jalan pusing seluruh kawasan.Fist sampai-sampai kitaorang decide nak naik traktor dulu, sebab nak tengok keluasan tempat ni secara keseluruhan. 500 yen per person.

Tada... Ini tiket kami
And this is the tractor.
Selain tu, kat sini jugak ada khidmat sewa basikal. 100yen per hour. Ada jugak observatory desk, restaurant, souvenior shop, sunflower tourism centre and ada jugak tempat untuk kanak-kanak feed itik. And also, sambil rehat rehat tu bole dengar lagu dinyanyikan oleh penduduk tempatan. Not bad!

Comel kan. Basikal pun nak sama dengan sunflower jugak =)
Sunflower kat sini start blooming every mid july till late august.

Huaaaa. Cantiknyaa. 1.5 million of sunflower were planted here =)

Masa ni gigih kami panjat bukit semata nak tengok sunflower sampai atas. The view is unforgettable.
The feeling. Soo amazing.
Dekat sini jugak, masuk masuk je jumpa ada satu kawasan tu dia tanam macam macam jenis sunflower. Ada lebih kurang 30 jenis gtu *Eksited* Jumpa red Sunflower, pink Sunflower, white sunflower, big sunflower and macam macam lagi jenis, mana xeksitednya. Eksited sangat =)



And kat sini pun jumpa kincir air. Yehuu. Sejuk je rasa tengah-tengah panas ni
Ada tiga kincir air kat sini.
Ini berehat sebentar. Hehe
Part yang paling best, dekat sini kita bebas nak pergi mana-mana, masuk la celah bunga matahari yang mana pun, xde sapa nak marah. Itu yang kami main masuk sampai atas bukit tu.

So breathtaking view
This view from observatory desk
Sad sunflower because we are about to leave.
Kami bertolak keluar dalam pukul 5petang gitu. Tunggu bas untuk balik ke Takikawa Bus Station bertentangan dengan tempat yang kita turun tadi. Before naik bas kesini, seeloknya salin siap siap jadual bas. Sebab kalau ada tulis pun, takut kita xfaham. Dan lagi satu, bas xfrequent sgt.

Masa tunggu bas ni, sempat jugak jumpa kawan baru, yelah tadi dalam sunflower field mana sempat tengok sekeliling, eksited layan pemandangan sunflower yang sebegitu luas. Sorang dari Indonesia, sorang lagi dari USA. Dua-dua student sana.

Dari Takikawa, kami balik ke Sapporo (amik luggage) then straight tu Asahikawa. Malam ni, nak bermalam kat sana. Perjalanan ke Asahikawa mengambil masa dalam 1jam setengah gtu. 

Dalam JR train, ada gerabak untuk unbook dan book. Kalau da book tu, memang comfirm seat kita la. Kalau rasa perjalanan kita lama, better kita booking dulu dekat JR office. And nak booking pun prosesnya senang. xkena bayar. Kalau kita masuk gerabak unbook, bersesak sikit la dengan penduduk tempatan. 

Kami sampai Asahikawa dalam 1pagi. Lewat weyh. (Subuh 2;30 pagi) Haha. Sebab train xde yang awal. Kami sempat makan lagi dan kuar tengok bandar Sapporo malam-malam.

Okay done for 1st day. Yeay!

So, would you like to consider your summer break visiting here?
Definately, YES! Seriously, im suggesting to whoever want to stay in Hokkaido during mid july to late august, do visit here. xmenyesal. ( kalau yang jenis suka sightseeing and nature la ehehe )


1 comment: