Day 2
Dalam pukul 7 pagi, selepas sarapan, kami bertolak keluar dari hotel ke Asahikawa Central Station. Haa . Baru la nampak suasana siang di bandar Asahikawa ni. Walaupun sini subuh awal, pukul 4 memang dah terang, tapi waktu operasi di kedai-kedai kawasan ini hanya bermula selepas pukul 9 pagi. Masa kami keluar, memang xde kedai apa pun yang buka lagi. Jarak hotel kami dari Asahikawa station pula 2km, so sepanjang perjalanan untuk kesana, memang xjumpa kedai yang dah buka. Hehe.
|
Moring view from our hotel. Lengang je |
Dalam Asahikawa Station ni, ada Asahikawa Tourist Information. So, tujuan kami keluar awal sebab nak singgah kat sini la. Nak bertanya apa yang patut. Hehe. Oh ye, main aktiviti kami pada hari ini adalah menghabiskan masa di Furano. Furana ni memang dah well known oleh orang ramai berbanding Sunflower Field (Himawari No Sato) yang kami pergi semalam. Kira tempat wajib la kalau orang sampai Hokkaido. Tujuan kami bermalam di Asahikawa, kerana dari sini senang untuk access ke Furano dan Biei ( which is place that we were plan to go ) and affordable.
So, kami meneruskan perjalanan ke Farm Tomita. Untuk kesana, kami menaiki Norokko train. Norokko train ni, adalah train yang beroperasi pada waktu summer saje tau. Bole tengok kat sini
http://www.farm-tomita.co.jp/en/access/station.asp bertujuan untuk membawa pelancong ke Farm tomita. Haa. apa istimewanya? Sebab masa ni je, bunga tengah blooming kat sana n pelancong dari serata negara ramai turun Furano. Route untuk Norokko train ni hanya dari Asahikawa ke Furano je tau.Tiket untuk ke Norokko train ni dah included dalam JR Hokkaido pass. And semua gerabak dalam train ni unreserved. So kalau ada yang berminat nak naik, dicadangkan datang awal sikit, sebab nak dapat seat yang best ( pelancong ramai kan). Kalau x, nanti kena berdiri. Hehe. Lama tau nak sampai.( dalam 45 minit gtu) Bole tengok jadual train kat sini
http://www2.jrhokkaido.co.jp/global/english/ttable/
|
Tadaaa. Inside Norokko train. Cantikkann. |
Sepanjang nak sampai, kami menghabiskan masa menikmati pemandangan yang indah diluar tingkap ni. Macam-macam nampak. Rumah orang, jalanraya, sekolah, gunung-ganang, sungai. Nyaman je udaranya. Gerabak yang jual makanan pun ada kat sebelah sana.
|
Dah sampai ! |
Turun je dari train, kalau xtahu nak ke arah mana pun, xde masalah. Sebab satu train ni bole dikatakan turun dekat sini. Hehe. Maka berjalanlah kami beramai-ramai ke arah Farm Tomita.
|
Seluas mata memandang, sume bunga dan bunga. |
Kat sini ada macam-macam bahagian bole kita jelajah. Hehe. Sampai ke belakang atas bukit pun ada lagi. Cuma, kena tengoklah bunga yang ditanam tu mekar pada bulan berapa. Main attraction Farm Tomita ni, bunga lavender. Tapi, musim bunga ni mekar bulan julai haritu. Hehe. Tapi kami sempat jugak la jumpa saki baki lavender yang panjang umur. Huhu
|
Lavender flower |
|
Tengok ni, tinggal banyak ni je lavender. Hehe |
|
Sebelah ni, kebun lavender juga. Tapi dah tinggal rumput. |
Disebabkan memang dah tahu jangka hayat bunga lavender ni, kami xde la frust sangat xjumpa banyak lavender. Hehe. Lagipun, banyak lagi bunga cantik-cantik yang kami jumpa kat sini. Ada sembilan jenis kebun bunga dekat sini. Bagi penggemar lavender pula, saya cadangkan datang sini pertengahan julai, masa tu memang penuh gile dengan lavender. Lepas tu, korang bole singgah Lavender East, 4km dari Farm Tomita (ni xde route train. Kat sini memang ditanam sepenuhnya bunga lavender, seluas mata memandang.
Kat bawah ni, antara bunga-bunga yang kami jumpa.
Lepas setengah Farm Tomita ni kami lawat, da start rasa letih. Hehe. Kat sini, jangan risau, banyak kedai minuman dan souvenier shop. Antara benda wajib bila datang sini, kena rasa aiskrim lavender. Bole tengok kat website ni, macam-macam jenis aiskrim ada
http://www.farm-tomita.co.jp/en/cafe/foodmenu.asp?cat=1
Selain lavender, dekat Farm Tomita ni, femes jugak dengan melon. Melon dia memang sedap gile. Manis dan segar rasanya.
|
Nampak menyelerakan x ? |
|
|
|
|
Our ice-cream. yummy. |
Lepas habis bersantai-santai makan aiskrim ngn melon, kami sambung tour Farm Tomita ini.Banyak lagi xhabis cover. Hehe.
|
Jumpa bunga pink |
Bunga-bunga dekat sini, kita xbole sukahati nak masuk jalan-jalan kat dalam. Dapat tangkap gambar dari bahagian depan je. Yang lain, tangkap dari jauh je. Hehe. Ni la beza dengan Sunflower Field semalam. And dekat sini, orang ramai sangat, sesak nak tangkap gambar dan mennunggu giliran untuk tangkap gambar (yelah, tempat famous kan. Hehe) Dari segi souvenior pun, banyak kedai dekat sini, and pelbagai jenis souvenior bole dijumpai. Tinggal duit je cukup ke x. Hehe.
|
Mia with lavender maskot |
|
View from observatory desk |
|
Ni pulak bila dah turun bawah. Hehe. Bekas tanaman bunga-bunga sebelum ni |
Dalam pukul 5 petang gitu, kami start beransur keluar dari Farm Tomita. Cadang nak singgah melihat bandar Furano. Sebelum balik, sempat la kami beli barang-barang souvenior =)
|
Ni la dia laluan train Norokko. Belah kanan melon farm, belah kiri sawah padi |
|
Ni da sampai Furano |
|
Furano |
Sampai dekat bandar Furano, kami jalan-jalan kejap sekitar kawasan bandar dan cari makanan. Dah start lapar. Hehe. Main attraction dekat bandar Furano ni jauh-jauh and not by walking distance, so kami pun decide nak balik. Lagipun, nak malam dah, mostly nak tutup dah tempat-tempat kat sini.
Sepanjang perjalanan balik ke Asahikawa, kami berehat dan tidur. Hehe. Maklumlah letih tadi dekat Farm Tomita. Malam ni kami sampai awal sikit dari semalam dan decide rehat saja dibilik.
So, kesimpulan untuk trip harini, Farm Tomita also a must to go place when youre visiting Hokkaido in summer. Agak sesak sikit dengan pelancong-pelancong yang lain, tapi still Farm Tomita mempunyai tarikan yang tersendiri. Kalau korang yang travel by car, rasanya lagi senang kerana selain Farm Tomita, ada banyak lagi ladang bunga yang bole korang pergi by car route.
End of today =)
No comments:
Post a Comment