Sunday 16 October 2016

Otaru , Mount Moiwa, Tanukikoji

Day 4

Harini kami akan melawat  ke bandar Otaru, bandar yang terletak di selatan Sapporo. Bandar ini terkenal dengan canal dan gudang lama, yang dahulunya merupakan port( pelabuhan). Sehingga sekarang masih dijadikan tempat penyimpanan barang dagangan dan sebahagiannya menjadi restaurant.

Kedudukan Otaru ni betul-betul bersebelahan dengan laut, turun-turun dari station Otaru je, dah boleh bau laut. Hehe. Dalam perjalanan pun sebenarnya, route train ni lalu tepi laut, excited nampak laut di negara Jepun. Ramai family yang berkelah dan mandi manda, almaklumlah sekarang tengah summer.

Antara tempat yang menarik di Otaru ialah Otaru Canal. Daripada station, kami berjalan terus ke arah Otaru Canal.Sepanjang perjalanan, banyak pemandangan menarik yang dapat disaksikan disekitar bandar Otaru ni. Bandar Otaru ni kita boleh discover by walking distance je and spend one day pun da cukup. Dalam 15-20 minit berjalan kaki, sampailah Otaru Canal. Senang je nak jumpa canal ni. Nak tahu lebih lanjut tentang bandar Otaru boleh tengok website ni http://otaru.gr.jp/welcome_en/products/

Former Temiya Railways, one of Hokkaido most important line

Tadaaa. Da sampaii
 Dekat sini ada Otaru Canal cruise juga. Bole baca lebih lanjut dekat website ni http://otaru.cc/en/price
Mia with the Otaru Canal
Kosong je xde orang sepanjang laluan Otaru Canal ni.




Yeay, finished! This is Asakusa Bridge. Most tourist like to take photo here
Souvenier sekitar Otaru Canal
Selain it, Otaru ni terkenal dengan rickshaw. Kita bole tempah rickshaw ni, dan akan dibawa mengelilingi bandar Otaru sambil mendengar sejarah tentang bandar ini. Di samping itu, memakai kimono sampai berjalan atau menaiki rickshaw mengelilingi bandar ini juga adalah aktiviti popular yang dilakukan oleh para pelancong. Bagi saya, untuk mengelilingi rickshaw ini sedikit pricey, but its depends on other people opinion. Bole baca lebih lanjut mengenai rickshaw ni dekat sini http://beauty-of-japan.com/tour/rickshaw-ride-in-otaru-hokkaido-beautiful-port-town-yet-historical/

This is the rickshaw
Then after Otaru Canal, kami menyambung perjalanan kami ke Sakaimachi Shopping Street. Sepanjang jalan ini, kami disajikan dengan barisan bangunan bangunan lama yang antik, ala-ala kembali ke zaman lama gitu. Sepanjang Sakaimachi Street ni ada macam-macam jenis kedai. Kedai sushi, kedai cenderahati, kedai makan, pasar dan pelbagai lagi jenis kedai. Sakaimachi street ni berakhir dengan Music Box Museum di Marshen Intersection.

Along the Sakaimachi Street
Otaru
Sakaimachi Street
Agak agak betul ke mainan ni ?
Then after end of this street, kami singgah masuk Music Box Museum. Mula-mula ingat biasa je, sekali masuk besarnya museum ni. Dekat sini macam-macam jenis music box yang dijual dalam pelbagai versi dan bentuk, Music pun kita bole pilih nak yang jenis macam mana. Dari zaman dulu-dulu sampai jenis music box zaman sekarang punya ada dipamerkan dan dijual.

Bangunan Music Box Museum ni ada tiga tingkat semuanya. Bagi saya, harga untuk satu music box tu agak mahal juga.Bole baca lebih lanjut pasal Music Box Museum ni dekat sini http://www.otaru-orgel.co.jp/english/e_main.html

Inside the Music Box Museum
Design dia cantik cantik
Sushi Music Box
Lama jugak kami kat sini. Baca sejarah pasal music box ni dan terpesona dengan design yang cantik-cantik. Kami sempat berehat lagi dekat dalam ni. Then, after selesai dekat Music Box Museum ni, kami patah balik ke Sakaimachi Street terus ke Otaru Train Station untuk bergerak ke Chitose.

View sepanjang jalan ke Otaru Station

Then dari Otaru Station, kami ke Sapporo Main Station. Kami singgah untuk amik luggage untuk check-in di hotel. Hotel kami terletak di Chitose. Memang dekat je dengan train station jalan kaki dalam 5 minit. Selepas berehat, lunch dan solat, kami sambung perjalanan ke Mount Moiwa, which is also one of the attraction in Sapporo.

Mount Moiwa ni menjadi tempat lepak yang popular dalam kalangan masyarakat di Sapporo ni. Mereka selalu outing dengan family dekat ats gunung ni. Juga terkenal dengan keindahan pemandangan bandar Sapporo dari puncak bukit, terutamanya pada waktu malam.

Cara untuk sampai ke Mount Moiwa:
1) Naik train dan behenti di Sapporo Train Station
2) Dari Sapporo Train Station, naik subway dan turun di ( satu station je dari Sapporo subway)
3) Jalan keluar dari bangunan subway tadi, naik tram( dekat sini dorang panggil streetcar) di Susukino dan turun di Ropeway Iriguchi Station ( dalam 20 minit perjalanan, 170yen sehala, the streetcar is frequent). Bayar duit streetcar, dekat driver bila nak turun nanti.
4) Tunggu bas yang akan bawa kita ke Mount Moiwa.
5) Masuk di perkarangan Mount Moiwa, beli tiket ropeway dan mini cable car untuk naik ke atas.( about 1700yen roundtrip)
6) Then, dah sampai. *tepuktangan*

Panjang kan cara nak sampai ke sini, tapi mudah sangat sebenarnya. Cuma kena tukar naik macam-macam pengangkutan je. Hehe

Ni la cable car yang akan bawa kami naik atas
Maskot Mount Moiwa, Morri. Comel kan.
Da sampai atas. tadaaa.
Sempat tengok sunset .yeehu

Kami duduk kat atas ni sampai dah rasa puas amik gambar. Hehe. Angin kuat sangat, bukan setakat tudung je terbang, diri sendiri pun rasa bole terbang. Pemandangan kat atas ni memang cantik sangat. Nampak seluas-luas Sapporo dari sini. Dekat sini juga, ada restaurant dan kedai untuk souvenior. Bole tengok berkaitan Mount Moiwa ni dekat sini http://moiwa.sapporo-dc.co.jp/

Kami bertuah sebab dapat lihat pemandangan bandar Sapporo pada waktu siang dan juga malam

Selepas itu, kami bergerak kembali ke Tanukikoji Shopping Centre. Tempat ni popular untuk shopping dikalangan pelancong yang datang ke Hokkaido. Terdiri dari tujuh arked, setiap arked mempunyai keistimewaan barang-barang yang dijual, dari produk makanan, kecantikan, kosmetik, restaurant, dan souvenir shop. Hotel pun ada tau dalam arcade ni. Bole tengok link ni untuk Tanukikoji Arked http://www.tanukikoji.or.jp/ . Kami sempat singgah di sebuah kedai muslim-friendly dekat sini http://www.halalmedia.jp/archives/10738/muslim-friendly-souvenir-sales-counter-set-new-store-sapporo-drug-store-planned-open-tanuki-koji-shopping-arcade/

On the way ke Tanukikoji.
Night view Susukino

Susukino ni adalah  Japan's largest entertainment district in Hokkaido. Also known as Red Light District in Sapporo.
Tanukikoji. Ramai lagi orang kat sini even dah lewat pun. Arcade no.5

uuuu besarnya
Sebenarnya, banyak lagi tempat untuk bershopping di Sapporo ni terutamanya di sekitar Tanukikoji ni. Even Sapporo Underground Shopping Centre pun dekat bawah Tanukikoji ni je. Tapi disebabkan malam dah semakin lewat dan kami pun dah keletihan round semua arked dekat sini, kami pun bergerak kembali ke Chitose.

End of today =)
3 tempat in one day. Fuhh hebat x kami. ( Otaru, Mount Moiwa, Tanukikoji)

Saturday 15 October 2016

Biei the most beautiful village in Japan


Day 3

Hari ni kami keluar awal sikit dari semalam sebab dah tengok jadual siapsiap. Kami akan menghabiskan masa di Biei. Wah bestnyaa Biei ni. Nak tahu x kenapa best?

Tadaaa. SEBAB nie. The most beautifull village in Japan.
Nak sampai ke Biei ni sama macam nak gi Furano semalam. Naik Norokko train jugak. Route yang sama macam semalam, cuma sebelum kita sampai Farm Tomita kita akan lalu satu station nama Biei, so boleh turun dekat sini.

Bandar Biei ni macam ala-ala Eropah sikit. Cantik. Bersih. Nyaman. Kami sampai awal dekat Biei ni, Tourist Information pun xbuka lagi. Tourist Information ni dekat je dengan station. Keluar je dari station, sebelah kiri.

Bangunan yang tinggi kat belakang tu Biei Tourist Information Centre
Kami memang sengaja nak sampai awal sebab harini kami bercadang nak gi Blue Pond dan round Panaromic Road serta Patchwork Road. Biei Tourist Information Centre ni best. Hehe. Besar juga, ada tempat duduk untuk kita berehat, dan part paling BEST ada WIFI. Toilet yang selesa dan nak solat kat sini pun boleh. Bole tengok website ni untuk tengok Biei dengan lebih lanjut https://www.biei-hokkaido.jp/en/

Disebabkan kami nak round Panaromic Road dan Patchwork Road by tour bus, kami kena g booking awal-awal. Kalau yang ada plan macam kami pun, dicadangkan booking awal, sebab dalam sehari ada dua kali je trip untuk dua-dua tour ni, and if hari tu pelancong ramai, takut xboleh join nanti. And kalau nak book ni, xbole book sehari atau seminggu awal. Kena book on that day juga and hanya valid dekat Biei Tourist Information Centre ni je.

Sebenarnya, nak round bandar Biei ni, best dengan basikal. Dapat lagi enjoy the view. But, kena datang betul-betul awal pagi (sebab pukul 8pagi da start panas) n plus perlu masa dalam 2,hari dekat sini, baru bole enjoy betul-betul. Disebabkan x cukup masa dan nak tengok attraction kat Biei ni dalam masa yang singkat, bolehla join tour macam kami. Harga pun affordable.

Dalam pukul 10 lebih, kami da siap nak tunggu bas untuk ke Blue Pond, tempat pertama kami pada hari ini. Perjalanan ke Blue Pond mengambil masa dalam 20 minit menaiki Dohuko bas. Bole tengok jadual bas dekat sini https://www.biei-hokkaido.jp/en/search/sightseeing/viewspot/000035.html . Bas pun xberapa frequent sangat dekat sini, jadi bolehlah rancang perjalanan lebih awal berapa lama nak spend time dekat sini. Masuk free, parking pun free.
Signboard ke Blue Pond. Bas behenti dekat simpang ni la.
Blue Pond ni terkenal dengan keindahan biru yang amat menakjubkan dan kekal misteri sampai sekarang, apa yang menyebabkan pond ni jadi warna biru yang cantik sebegini. Sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Jepun disini. If banyak masa, bole (jalan kaki 3km or by same bus) to Shirogane Onsen and Shirogane Waterfall. Dikatakan sumber Blue Pond ni berasal dari sana. Bole tengok dekat website ni pasal Shirogane Onsen http://good-hokkaido.info/en/shirogane-onsen/

Tadaaaa. Cantik x biru dia? Non edit tau ni.
Kawasan Blue Pond ni kecik je. And xyah amik masa yang lama pun dekat sini sebab xde apa-apa kecuali this beautiful Blue Pond. No toilet, no shop, no hotel, pondok untuk tunggu bas pun berdiri je. Hehe. Incase kalau takut hujan ke apa, prepare la siap-siap payung.

 Another amazing view of Blue Pond.
Dalam pukul 11;40 tengahri macam tu kami da start keluar nak tunggu bas. 

Tata Blue Pond

Kami sampai bandar Biei semula dalam pukul 12 lebih, sambung jalan-jalan tangkap gambar sekitar bandar, lunch dan solat. Dekat bandar ni terkenal dengan rental bicycle service. Bole lihat la ramai pelancong sewa basikal dan berjalan-jalan. Kedai sewa basikal pun memang senang nak jumpa. Selain itu, keunikan bandar ni juga, setiap bangunan ada ditulis tahun bila bangunan tersebut didirikan. So bole la usha-usha setiap satu bangunan tu kan, bila dibina. Hehe.

Jalan-jalan sekitar bandar sementara menunggu tour start
1st tour kami adalah round sekitar Patchwork road. Nak tahu x kenapa nama dia Patchwork Road?

Cee tengok gambar ni.( Cebisan part of kain-kain yang dijahit bersama menghasilkan sehelai kain yang lebih besar dan menarik)
Cee tengok gambar ni.
Road ni diberi nama Patchwork Road sebab ni la, jika kita tengok dari atas, memang sebijik sama macam patchwork yang kain tu.

Masa tengok ni, cantik sangat. Kiri kanan jalan sume patchwork.

*Gambar amik kat wiki* Pandangan atas patchwork road
Dalam Patckwork tour ni, bas akan stop dekat beberapa tempat pilihan untuk kita bergambar. (time ada limit) and sepanjang perjalanan, tour guide akan cerita pasal sejarah tempat yang kita akan stop and why they are given that name. Patchwork tour kami merangkumi Mill Seven Hill (tengok dari bas), Seven Star Tree, Kent and Marry Tree, Child and Parents tree, and Observatory Park. All by 50 minutes.

Yang sebatang pokok tu, Kent and Marry tree
Mia with the famous Kent and Marry tree
Cu with famous seven star tree

Da sampai Observatory Hill.Panjat atas tu bole nampak seluas mata memandang
.
View. So green and green
Another view
View sepanjang perjalanan kami

Tour of Panaromic Road start dalam pukul 3 petang. Sempat la kami berehat sekejap after tour tadi. Panaromic road, kawasannya lebih luas dari Patchwork Road.Tour mengambil masa selama 1 jam 3o minit. Diberi nama panorama disebabkan kecantikan panaroma yang ada dikawasan tersebut yang menghasilkan gamabr yang begitu cantik. Untuk package package yang ditawarkan di sekita Biei ni, bole tengok kat laman web ni http://www2.jrhokkaido.co.jp/global/english/travel/

Infront of Takushinkan Gallery
Kalau jalan straight lago, naik bukit sikit, akan jumpa panorama yang cantik, nampak kawasan sekeliling. Tapi kami xsempat sebab lama dekat galery tadi. Hehe
Our panorama
Pintu masuh Shikisai No Oka
Antara tempat wajib singgah Shikisai No Oka. Dalam 40 minit kami spend masa dekat sini ( itu pun xcukup ) sebab view dia so amazing.

You will be astonished with magneficient view of colourfull flower which bloom from april to october. Disebabkan Shikisai No Oka ni luas, ada juga disediakan perkhidmatan kenderaan untuk para pelancong, antaranya bas traktor atau nama lainnya Shikisai Norokko, single passager vehicle dipanggil Boggy, and four passengers vehicle dipanggil cart, untuk disewa seisi keluarga atau by grouping. Tempat shopping kat sini pun banyak dan harga murah-murah. Bole tengok kat laman web ni untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shikisai No Oka http://www.shikisainooka.jp/english/

Tadaaaaa. This carpet of differeny flowers.

Jalur-jalur bunga ni macam magik sikit, sebab tengok dari jauh warna lain, datang dekat dah tukar warna
Tadaaaaa. Ni jalur bunga tu bila datang dekat. lain kannnnnn ?
Bayangkan kalau sume bunga tengah blooming dekat tanah kiri kanan jalan tu. Mesti woww sangat kan. 
This is our Norokko train
Shikisai No Oka tadi adalah destinasi kami yang terakhir di Biei. Sungguh, sehari xcukup nak explore keindahan bandar Biei ni. Kami bertolak dalam pukul 6 lebih dan sampai bandar Asahikawa apabila hari sudah gelap. Then, kami decide nak jalan-jalan sekitar bandar Asahikawa, melihat kemeriahan bandar ini pada waktu malam.
Aeon ni memang banyak dekat sini. Harga barang pun boleh tahan and barang cantik-cantik
Sini jumpa banyak robot cute cute macam ni
Ni ada food summer festival

Dalam pukul 11 malam macamtu, kami sampai hotel. Cantik bandar Asahikawa ni malam-malam. Malam ni, kami siap packing beg sebab esok nak checkout going to Chitose.

Last but not least, before tidur layan anime dulu. Banyal channel anime kat sini.

Biei.
Tempat wajib masuk list kalau singgah Hokkaido. Mesti akan jatuh hati, xtipu. Memang bertepatan dengan gelaran THE MOST BEAUTIFUL VILLAGE IN JAPAN.